Langkah 1 : Buat Folder baru di mana yang anda suka. Klik Kanan Tetikus dan Klik New – Folder. Langkah 2 : Folder anda akan kelihatan dengan Nama “New Folder”. Langkah 3 : Namakan Folder dengan klik kanan tetikus – Rename. Kemudian, sambil tekan [ALT] pada Keyboard dan tekan 0160 dan lepas [ALT]. [ALT] – 0160 PERHATIAN ! Pastikan Num Lock anda di keyboard berada dalam keadaan ‘ON’ untuk menjayakan proses ini. Untuk pengguna desktop atau PC, anda cuma ikut arahan di atas, tapi untuk pengguna Laptop, kadang-kadang langkah ini akan menjadi, tapi sekiranya tak menjadi, anda kena tekan [ALT] – mjom pada keyboard anda. Jadi, sama ada anda tekan : [ALT] – 0160 atau [ALT] – mjom Cuba langkah ini sehingga Folder anda jadi seperti di bawah ini. Langkah 4 : Klik Kanan pada Folder – Properties. Langkah 5 : Anda akan dipaparkan dengan satu tetingkap baru dan Klik pada Customize. Langkah 6 : Klik pula pada Change Icon. Langkah 7 : Pilih Icon seperti dalam gambar di bawah (Berada di kedudukan tengah-tengah di antara icon mangga dan icon search. Cari sampai dapat yer…kemudian Klik OK dan OK. Langkah 8 : Anda akan dapati Folder anda dah hilang di tempat anda. Langkah 9 : Klik kanan tetikus dan pilih Properties sekali lagi dan tick kan pada Hidden, kemudian klik OK. Nah..senang kan…masukkan segala fail rahsia anda di dalam folder ini dan simpan di tempat selamat. Pasti orang tidak akan perasan kewujudan Folder anda. Tips keselamatan Anda copy Folder ini pada Desktop anda dan pasti orang lain tidak tahu Folder anda. Anda tak perlu Hide kan Folder anda seperti dalam langkah 9 sekiranya anda letak folder ini di desktop anda.
Monday, August 08, 2011
Sembunyikan Folder Rahsia Anda ( hide Your secret folders )
11:46:00 AM No comments
Sources :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments:
Post a Comment